QARITH SERVICES SD. BHD. mempunyai 3 rangkaian perniagaan dalam bidang industri Food & Beverages (F&B) iaitu restoran, katering dan produk makanan. QARITH SERVICES SD. BHD. pernah menerima anugerah founder terbaik bagi industri F&B oleh SIFUFBADS dan turut mempunyai sejumlah followers di media sosial dan dengan pencapaian ini menjadikan produk dan jenama kami kian dikenali.
Pemilik syarikat, Puan Mariam@ Sharifah Mariam Bt Sh Along merupakan individu yang berpengalaman di dalam bidang ini justeru hala tuju syarikat amat jelas dalam memompa saujana potensi syarikat kepada kedudukan yang lebih gemilang.
Dengan tenaga dan fikiran generasi yang berpengalaman, kami di QARITH SERVICES SD. BHD. menjamin bahawa syarikat ini akan berada di persada yang selayaknya. QARITH SERVICES SDN. BHD. beriltizam tidak akan hanya menjadi sebuah syarikat yang sekadar menjalani survival sebuah organisasi yang tipikal namun kelak akan menjadi”trend setter” di dalam bidangnya.
Syarikat yang diberi nama sebagai Ismar Bayu Enterprise telah bermula secara kecil-kecilan dan berkembang dalam bidang penyediaan makanan iaitu katering. Penubuhan syarikat ini bermula pada 2011 di Kafeteria Universiti Sultan Zainal Abiddin yang dikenali sebagai Harith Café dan cukup terkenal dengan “NASI CEBOK”. Kami telah memenuhi keperluan banyak pelanggan dalam penyediaan makanan di UNISZA, UMT, jabatan kerajaan, sekolah-sekolah, majlis perkahwinan dan berbagai majlis lain.
Selain itu, pengalaman selama 7 tahun berniaga dalam bidang katering, kami sentiasa mengutamakan layanan terbaik kepada pelanggan dengan bercitarasa tinggi dalam penyediaan makanan agar tampak eksklusif dan menarik, berpenampilan kemas ketika berkerja dan penyajian hidangan yang bersih dan enak menjadi standard utama layanan kami agar apapun majlis anda dapat di jadikan kenangan manis yang tidak dapat di lupakan.
Puan Sharifah Mariam Binti Sharif Along atau lebih ramah dikenali sebagai Kak Yam oleh para pekerja dan pelanggannya. , Beliau memulakan servis katering di kafeteria Universiti Sultan Zainal Abidin dan telah berniaga di sana selama 6 tahun. Setelah sekian lama berada dalam bidang penyediaan makanan di Unisza, Beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan membuka sebuah restoran bernama Pinggan2. Selama 7 tahun berada dalam bidang katering, Beliau berhasrat untuk memastikan misi syarikat beliau berjaya dengan maju iaitu untuk menjadi katering nombor satu di Malaysia dengan menyediakan makanan yang berkonsepkan mewah dan berkualiti kepada pelanggan dengan harga berpatutan.
Pengasas Pinggan² Katering
Pengeluar jenama sajian makanan dan minuman pilihan di Malaysia
Memberikan perkhidmatan katering yang terbaik dengan harga yang berpatutan dan mampu milik
“Keistimewaanya Di Sini”
© Copyright 2021 Qarith Services Sdn. Bhd (1199540-U)
Design By ESKAY