Selamat Datang ke
PINGGAN2 KATERING
M
ungkin ramai yang mengetahui secara langsung mahupun tidak langsung, kami ada menyediakan perkhidmatan katering di sekitar Gong Badak dan Kuala Terengganu. Kami menawarkan khidmat katering professional yang berkonsepkan Jimat, Mewah, dan Sedap
. Pinggan 2 Katering juga memiliki Restoran Pinggan2 yang cukup terkenal dengan menjual “Nasi Kukus” berhampiran Hock Kee Seng Gong Badak dan juga “Nasi Cebok” di Kafeteria Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dikenali sebagai Harith Cafe.
"KEISTIMEWAANNYA DISINI"
Berpengalaman lebih 7 tahun dalam bidang katering juga telah memberikan kami kelebihan untuk menyediakan pelbagai jenis menu dan pakej yang sesuai dengan anda, kami janjikan rasa yang sedap, perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. Sesuai dengan konsep kami yang mahukan anda merasai citarasa eksklusif dan lengkap mewah tidak kira apa jua majlis yang anda ingin lakukan. Kualiti penyediaan makanan kami yang diwar-warkan oleh orang ramai atau pelanggan kami sendiri adalah benar dan anda tidak perlu ragu-ragu untuk memilih Pinggan2 katering sebagai peneman majlis anda.
Harga Katering Mampu Milik
Kami menawarkan servis, makanan dan kualiti yang terbaik dengan jaminan harga mampu milik
kepada anda.
Katering Majlis Korporat Profesional
Menyediakan makanan yang bersesuaian dengan tema dan waktu apabila majlis dilangsungkan
dengan jumlah yang cukup.
Katering Perkahwinan Profesional
Hidangan dan pencuci mulut yang sudah tentu didekorasi dengan menarik dan eksklusif
kepada tetamu anda pada hari berbahagia.
Kualiti Makanan dan Servis Terjamin
Makanan yang disediakan dijamin bersih, sedap & kami juga menawarkan servis yang laju dan cepat
untuk keselesaan pengguna.

LENGKAP DAN MEWAH
PAKEJ PINGGAN2 KATERING
PINGGAN2 KATERING
KEISTIMEWANNYA DI SINI
PAKEJ MAJLIS KORPORAT
K ami di Pinggan2 Katering menyediakan pakej yang berkonsepkan Jimat, Mewah, dan Sedap. Anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang Pinggan2 Katering sediakan. Pinggan2 Katering juga banyak menerima tempahan katering daripada pihak - pihak korporat di sekitar Kuala Terengganu.Carilah Pinggan2 Katering sekiranya anda inginkan makan Nasi Kukus yang melampau sedap!
PAKEJ MAJLIS PERKAHWINAN
M elalui konsep Jimat, Mewah, dan Sedap Pinggan2 Katering mampu untuk menjadikan majlis di hari bahagia anda tampak Eksklusif dengan harga mengikut bajet anda. Kepuasan anda adalah keutamaan kami di Pinggan2 Katering. Carilah Pinggan2 Katering sekiranya mahukan perkhimatan katering yang terbaik di sekitar Kuala Terengganu!

APA KATA PELANGGAN PINGGAN2 ?
GALERI PINGGAN2 KATERING
Kami Di Sini
- Pinggan2 Katering, Emporium Hock Kee Seng Gong Badak, Gong Badak Kuala Terengganu